Categories
Pengumuman

Panduan Guna WhiztotsGO

Cara Menggunakan Laman Web
Kelas Membaca Online WhiztotsGO.com

Terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan yang diberikan oleh anda bagi menjayakan kelas dalam talian yang kami sediakan ini Oleh itu atas inisiatif kami, anda akan diberikan panduan penggunaan laman web kelas membaca online ini iaitu whiztotsgo.com. di dalam panduan ini, anda akan ditunjukkan satu persatu langkah untuk menggunakan modul ini. Diharapkan agar membantu dalam proses penggunaan modul kelas membaca online ini.

  • Langkah 1 – Pergi ke laman web whiztotsgo.com. anda boleh menggunakan peranti computer ataupun telefon pintar asalkan mempunyai browser yang terkini. Paparan seharusnya seperti dalam gambar di bawah:

Ruangan Utama

  • Langkah 2 – Anda akan dapat lihat senarai pautan pilihan iaitu Home, Dashboard, Courses, Student Registration, Affiliate Dashboard, Cart, seperti di dalam gambar. Untuk pengguna telefon pintar, Klik pada ikon tiga titik bertingkat pada kanan atas paparan.

Home: Pautan untuk kembali ke paparan utama
Dashboard: Pautan untuk ke paparan pengguna
Courses: Pautan senarai modul yang disediakan
Student Registration: Pautan pendaftaran pengguna baru (Untuk sesetengah pengguna, anda telah didaftarkan oleh pihak pengurusan, sila rujuk khidmat pelanggan jika terdapat masalah tentang status pendaftaran anda)
Affiliate Dashboard: Pautan khas untuk ejen
Cart: Pautan untuk melihat modul yang telah dipilih untuk dibeli

  • Langkah 3 – Klik ke pautan dashboard
  • Langkah 4 – Anda akan dibawa ke paparan seperti di dalam gambar. Masukkan id dan kata laluan, kemudian, klik log in. id dan kata laluan akan diberi setelah anda melanggan di WhiztotsGO. Anda dibenarkan untuk menukarkan kata laluan pada bila-bila masa.

Sila masukkan id dan kata laluan

  • Langkah 5 – Anda kemudian akan dibawa ke paparan seperti di dalam gambar. Terdapat senarai pautan untuk rujukan anda.

Paparan ruangan pengguna yang telah log in

  • Langkah 6 – Sila klik pada pautan enrolled courses, pautan ini menunjukkan modul yang telah anda langgan. Jika terdapat modul yang tertinggal, sila rujuk khidmat pelanggan kami.

Paparan enrolled courses

Paparan yang akan keluar jika tiada modul yang telah dilanggan

  • Langkah 7 – Klik pada pautan modul video untuk menonton/menggunakan video sesi kelas membaca yang dipilih. Pengguna dinasihati untuk menonton/menggunakan semua video kelas membaca yang disediakan dan secara berturut.

Paparan modul video

  • Peratusan sesi video yang telah ditonton/digunakan akan dipaparkan di garisan hijau untuk rujukan pengguna. Di bawah pautan modul, terdapat sub-pautan (sub-link) pecahan video-video pendek untuk kemudahan pengguna. Jumlah sesi bagi setiap modul adalah berbeza dan jumlah video bagi setiap lesson juga adalah berbeza bergantung pada tahap modul.
  • Langkah 8 – Sila klik pada symbol + yang tertera pada paparan untuk membuka sub-pautan video pendek bagi setiap sesi.

Senarai pautan sesi video kelas membaca

  • Langkah 9 – Anda kemudian akan dipaparkan ke video kelas membaca seperi yang tertera di dalam gambar. Tekan butang play dan sesi pembelajaran boleh dimulakan.

Video modul kelas membaca sudah tersedia!

  • Langkah 10 – Setelah selesai menonton, pastikan anda menekan butang complete lesson agar mudah untuk dirujuk kemudian hari berpandukan info yang ditunjukan pada langkah nombor 8. Apabila anda ingin kembali menggunakan WhiztotsGo pada kemudian hari, anda akan dibawa ke video seterusnya secara automatic tanpa perlu mencarinya.

Selamat mencuba !